We aRe Family

We aRe Family

Tuesday, August 14, 2012

20 Barang Kawalan Sempena Aidilfitri 2012

Salam 1 Malaysia....

Hari ni terasa nak share something dgn readers ....

Rasanya semua dah tau kan bila dah dekat hari perayaan, mesti akan ada kawalan harga bagi beberapa jenis barang keperluan.... Ye la, kalau tak dikawal nanti senang2 je peniaga nak naikkan harga lah, nak sorok bekalan lah, mcm2 lg lah... Nanti pengguna jugak yang tertindas....

Ni dia senarai barang2 tu dan harga maksimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)..... Mari sama2 kongsi ye....

  1. Ayam hidup (RM5.70)
  2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)
  3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).
  4. Daging lembu tempatan (RM22.00)
  5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)
  6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)
  7. Daging kerbau import India (RM13.50)
  8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)
  9. Telur ayam gred B (RM0.34 sen)
  10. Telur ayam gred C (RM0.33 sen)
  11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)
  12. Cili merah (RM10.00)
  13. Tomato (RM4.50)
  14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)
  15. Kacang tanah import (RM6.50)
  16. Bawang merah kecil India (RM5.00)
  17. Bawang besar import (RM2.50)
  18. Bawang putih China (RM7.50)
  19. Ubi kentang import China (RM3.00)
  20. Ikan kembung (RM12.00)
Tapi..... Bagi sesetengah negeri maybe berbeza sikit la harganye tuh.... If i'm not mistaken, harga2 ni utk kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.....

So, harap2 dpt bagi info kat semua readers ..... Ok.... Babai....