We aRe Family

We aRe Family

Sunday, November 29, 2015

Bertemu kembali....


ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Sebab dah lama sangat page ni tak dikemaskini, meh kita mula dengan sedikit tazkirah sebagai renungan bersama ye....

بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tazkirah 17 Safar 1437 @ 29 Nov 2015

SELAGI MANA URUSAN DUNIA....
IANYA BUKAN MASAALAH BESAR.
 
Jgn bersedih dgn urusan dunia
Seorang lelaki yg sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib r.anhu, ia pun berkata, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.”

Sayidina Ali menjawab, “Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !”

Lelaki itu berkata, “Ya, tanyakanlah !”

“Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?” kata Ali bin Abi Tholib

“Tentu tidak” jawabnya.

“Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?” tanya Ali bin Abi Tholib

“Tidak juga” jawabnya.

Lalu Sayidina Ali berkata,

“Lalu mengapa kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tdk mengikutimu saat kau pergi?”

“Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia..

Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan….

TERSENYUMLAH..!
KERANA REZEKI MU TELAH DIBAHAGI DAN DI SUSUN OLEH ALLAH
DAN URUSAN HIDUP MU TELAHPUN DI ATUR OLEH YG MAHA PENCIPTA..….

Urusan dunia tdk layak untuk membuatmu bersedih semacam ini karena semuanya ada di tangan Yg Maha Hidup dan Maha Mengatur….”

Kemudian Sayidina Ali bin Abi tholib meneruskan ungkapannya,

“Seorang mukmin hidup dalam dua hal, yaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika ia sadari.

Dibalik kemudahan ada rasa syukur.
Sementara Allah berfirman,

وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ -١٤٤-
“Allah akan Memberi balasan kepada orang yang bersyukur.”
(QS.Ali Imran: 144)

Dan dibalik kesulitan ada kesabaran. Allah berfirman,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ -١٠-
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpan batas.”
(QS.Az-Zumar: 10)

Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. Lalu kenapa masih bersedih?

Jangan selalu mengeluh "Ohh masalahku begitu besar. Tapi katakan pada masalah itu,
Sungguh aku punya Allah yang Maha Besar".......

Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini.

Hanya kepada Allah sahaja aku menyerahkan urusan hidup ini...
Dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan.

Selamat beramal dan beristiqomah.

Friday, July 25, 2014

Ramadhan akan Pergi...... Syawal Datang lagi...

Salam Kemuliaan untuk semua......

Sayu sangat rasa hati sebab Ramadhan dah sampai ke penghujungnya...... Rasa banyak lagi ibadah yang belum sempat aku lakukan sepanjang Ramadhan kali ini..... Sedih.... Ya Allah, semoga Kau izinkan aku untuk bertemu dengan Ramadhan2 yang seterusnya.... Aminnn...


Syawal pun dah nak tiba..... Nothing special for this Eid.... Aku memang tak rasa nak raya pun.... Hanya untuk Dania akan aku sediakan persiapan... Itu pun jika dengan keizinan & kurniaan rezeki dari Nya.... In shaa Allah..... Ampun dan maaf dariku sekeluarga untuk semua yang mengenali.....

Thursday, June 26, 2014

Erti Hidup

Salam

Just a quick sharing....
Macam mana rasanya bekerja tapi seperti tiada gaji?
Bukan sebab 'underpaid', tapi sebab 'beban' yang banyakkkkk...

Pasti ramai yang akan cakap "Bukan ko sorang je la yg byk komitnen"!
Yes, that's true!
Tapi, kita berada dlm keadaan yg berbeza....

Dan pasti ramai juga yg akan kata "Kalau ko nak berubah, ko boleh usaha kan?"
Yes, that's also true!
Tapi, keberadaan dan kekangan kita tak sama.....

Jangan kita anggap semua orang boleh buat sama dengan apa yang kita boleh buat.
Jangan juga kita bersangka semua orang mampu berfikir sama dengan apa yang kita fikirkan.
Dan, jangan sesekali kita terlalu cepat membuat kesimpulan untuk orang lain tanpa mengetahui keadaan sebenarnya....
Kadangkala, kita perlu mengorbankan keinginan dan kehendak sendiri demi keperluan orang lain yang sebenarnya lebih patut diutamakan.....

Semoga Allah pelihara kita semua dalam apa jua keadaan...
Semoga kita juga mengingati Nya di mana jua kita berada.....

Walau apapun, kewarasan yang Dia kurniakan hingga ke hari ini juga adalah rezeki yang sangat tak ternilai......
Ya Allah, kerana Mu aku hidup, dan kepada Mu aku akan kembali.........


Monday, May 19, 2014

Sukaneka Prasekolah My Lovely Dania Sofia

Salam semua....

Syukur kepada Ilahi kerana masih memberi kesempatan untuk aku terus bernafas....

SO, dalam masa yg ada ni just nak update gambar2 sukaneka Dania masa 10hb Mei 2014.....










Alhamdulillah..... walaupun rumah sukan dia (rumah oren...huhu....first time ade rumah oren) dpt nombo last......yang penting dia happy!!!!

Dan saya sentiasa di sisi.........


Thursday, April 03, 2014

My month!

It's April already!
Bulan yg dinanti2 juga oleh ku setiap tahun....Tapi tak pernah berharap sesuatu yg lebih pun...
Sebab tau dah....mmg susah untuk harapan dipenuhi....
Just go wif the flow......

Terima & redho....