We aRe Family

We aRe Family

Wednesday, October 17, 2012

Janji Mu.........

Terima kasih Ya Allah....
Sesungguhnya janji Mu amat tepat!
Cuma kadangkala hamba Mu ini yg terleka.... Ampuniku Ya Allah....
Manusia...... Memang mudah terlupa....

Banyak sungguh dugaan yang datang menimpa......
Bukan 1, bukan 2..... Tapi baaaanyak........
Hari demi hari aku cuba untuk tabah menghadapi segalanya......
Setiap hari juga aku berdoa semoga Allah selalu memberiku pertolongan.....
Kerana aku tahu, setiap sesuatu yang telah ditentukan Nya ke atas kita,
Pasti ada hikmah di sebaliknya.....
Cuma apa yang selalu terjadi adalah.....
KITA sering LALAI.......

Kadangkala hanya kerana kita sibuk meguruskan tanggungjawab duniawi,
Kita sering terlupakan tanggungjawab kita terhadap Yang Maha Pencipta.....
Mungkin juga kerana kita hanya MANUSIA...........
Yang memang tak lepas daripada melakukan kesilapan......
Kita bukan insan SEMPURNA dari segenap sudut......
Setiap kelemahan yang ada dalam diri kita,
Sedikit sebanyak mengundang kita untuk melakukan KESILAPAN......

Namun, aku bersyukur......
Allah masih mengingati aku......
Setiap dugaan yang Dia beri,
Menunjukkan Dia masih menyayangi aku sebagai hamba Nya....

Alhamdulillah................

jUst tHe 2 oF Us........

Wednesday, October 10, 2012

Puasa seorang isteri.......

Salam......

Sekian lama saya tak update blog yang tak seberapa ni.... Bukan sebab takde cerita.... Banyakkkk..... Cuma tiada kesempatan..... Ditambah dengan tugasan luar kawasan lagi..... Apepun, kali ni saya nak berkongsi ilmu untuk readers..... Sama-sama lah kita dapat keberkatan Nya..... amiin....

Puasa seorang isteri tanpa keizinan suaminya yang berada di dalam negeri

Adalah haram bagi seorang isteri berpuasa sunat atau puasa qadha muwassa‘ (yang mempunyai masa yang panjang lagi untuk diqadha) tanpa keizinan suaminya yang berada di dalam negeri. Ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: (Lihat Tuhfah Al-Muhtaj 3/461)

Maksudnya: "Janganlah seorang perempuan (isteri) berpuasa sedangkan suami ada (di dalam negeri) melainkan dengan keizinan suami; dan janganlah dia mengizinkan (orang lain) masuk rumah suami sedangkan suami ada, melainkan dengan keizinan suami; dan apa pun yang dia nafkahkan dari hasil kerja suami tanpa perintah suami, maka separuh pahala itu adalah bagi suami."
(Hadits riwayat Muslim)

Demikianlah disebutkan puasa-puasa yang sunat, makruh dan haram. Di antaranya ada yang dihubungkan hukumnya sama ada sunat, makruh dan haram dengan bersempenakan hari-hari tertentu dan ada pula dihubungkan hukumnya sama ada sunat, makruh dan haram dengan keadaan diri orang yang berpuasa. 

Semoga ia akan menjadi panduan dan rujukan ringkas dalam mengerjakan ibadah puasa-puasa sunat sepanjang tahun.....

Friday, September 28, 2012

Alhamdulillah...syukur...

Assalamualaikum,

Selawat & Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW......

Aku bersyukur atas rezeki yang telah Kau kurnia kepada ku Ya Allah......

Semoga hari-hari mendatang lebih baik & diberkati Allah SWT......


Aku mohon kepada Mu Ya Allah agar Kau memberikan rezeki halal yang sentiasa lebih dan tidak pernah putus untuk diriku, keluarga ku serta sahabat2 ku.......

Berikan kami hidayah Mu, serta permudahkanlah segala urusan kami di dunia & di akhirat.....

Amin, amin, Ya Rabbal Alamin......

Tuesday, August 14, 2012

20 Barang Kawalan Sempena Aidilfitri 2012

Salam 1 Malaysia....

Hari ni terasa nak share something dgn readers ....

Rasanya semua dah tau kan bila dah dekat hari perayaan, mesti akan ada kawalan harga bagi beberapa jenis barang keperluan.... Ye la, kalau tak dikawal nanti senang2 je peniaga nak naikkan harga lah, nak sorok bekalan lah, mcm2 lg lah... Nanti pengguna jugak yang tertindas....

Ni dia senarai barang2 tu dan harga maksimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)..... Mari sama2 kongsi ye....

  1. Ayam hidup (RM5.70)
  2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)
  3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).
  4. Daging lembu tempatan (RM22.00)
  5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)
  6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)
  7. Daging kerbau import India (RM13.50)
  8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)
  9. Telur ayam gred B (RM0.34 sen)
  10. Telur ayam gred C (RM0.33 sen)
  11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)
  12. Cili merah (RM10.00)
  13. Tomato (RM4.50)
  14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)
  15. Kacang tanah import (RM6.50)
  16. Bawang merah kecil India (RM5.00)
  17. Bawang besar import (RM2.50)
  18. Bawang putih China (RM7.50)
  19. Ubi kentang import China (RM3.00)
  20. Ikan kembung (RM12.00)
Tapi..... Bagi sesetengah negeri maybe berbeza sikit la harganye tuh.... If i'm not mistaken, harga2 ni utk kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.....

So, harap2 dpt bagi info kat semua readers ..... Ok.... Babai....

Tuesday, July 24, 2012

Terima Kasih Ya Allah....


Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah.....

Khabar gembira utk aku & keluarga....
Semoga peluang tak disia-siakan.....
Usaha telah berhasil....
Semoga Allah terus beri limpahan rahmatNya buat diriku & keluarga.....
Semoga Allah juga akan terus beri petunjuk & jalan penyelesaian bagi setiap dugaan Nya....

Hikmah yang Kau kurniakan ini amat bermakna buatku sekeluarga....
Terima kasih Ya Allah......

Semoga aku mampu terus tersenyum ;-)



 ** P/S: Dear hubby, pls work hard ok! ;-)