We aRe Family

We aRe Family

Monday, May 19, 2014

Sukaneka Prasekolah My Lovely Dania Sofia

Salam semua....

Syukur kepada Ilahi kerana masih memberi kesempatan untuk aku terus bernafas....

SO, dalam masa yg ada ni just nak update gambar2 sukaneka Dania masa 10hb Mei 2014.....










Alhamdulillah..... walaupun rumah sukan dia (rumah oren...huhu....first time ade rumah oren) dpt nombo last......yang penting dia happy!!!!

Dan saya sentiasa di sisi.........


Thursday, April 03, 2014

My month!

It's April already!
Bulan yg dinanti2 juga oleh ku setiap tahun....Tapi tak pernah berharap sesuatu yg lebih pun...
Sebab tau dah....mmg susah untuk harapan dipenuhi....
Just go wif the flow......

Terima & redho....

Monday, December 09, 2013

Mencari Pengasuh

Salam...

Mohon kepada insan2 yang boleh membantu atau ada info berkenaan pengasuh yang available di sekitar Putrajaya... Saya masih mencari-cari pengasuh untuk anak perempuan saya umur 6 tahun (tahun depan - 2014, pra-sekolah). Hanya jaga dari jam 1.00 ptg hingga 5.30 ptg sahaja...

Dah jenuh cari transit yang sesuai tapi tak berhasil.... Kebanyakannya dah FULL.... Alahai....

Kepada sesiapa yang dapat membantu, mohon hubungi saya... emel: nshuhadaa@gmail.com. Nak reply post ni pun boleh..... Tq.

Tuesday, October 08, 2013

Wasiat

Salam....

Dengan nama Tuhan yang mencipta sekalian alam....
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.....

Bila mengenangkan kehidupan.... tiba2 terfikir apa yang dapat saya tinggalkan untuk waris yang ade nanti....
Harta? Mungkin ada... Tapi dalam bentuk apa? Wang? Tanah? Harta benda lain? Ilmu? atau HUTANG???

Rasanya antara yang disenarai tadi tu, yang berharga adalah sangatttttt sedikit yang ada pada aku..... Kesian rasa kat waris aku nanti..... yang byk pulak adalah yang last tu.... Subhanallah! Hanya DIA yang tahu......

Tapi.... terdedik dalam hati aku ni.... Andai aku pergi sebelum sempat aku melunaskan segala yang patut aku lunaskan di dunia ini.... Hanya ini yang aku dapat sampaikan kepada warisku...............


" Jika ada harta benda atau wang ringgit yang tertinggal, aku wasiatkan untuk anakku Nur Dania Sofia mengikut ketetapan (faraid) yang sepatutnya dia perolehi.... Buat suamiku, apa sahaja nilai yang berhak diperolehi, harap dapat digunakan untuk melunaskan segala tunggakan dan hutang atas namaku jika masih ada yang belum diselesaikan semasa hayatku..... Dan segala ilmu yang pernah kuajari kepada sesiapa sahaja terutama kepada anakku (walaupun tidak banyak mana), harap dapat memberi manfaat untuk kehidupan anda semua... "

Segala yang baik atau buruk semuanya datang daripada Nya..... Kita hanya merancang, DIA yang menentukan.....

Nota kaki:
Boleh lawati web ni untuk manfaat bersama: http://www.amanahraya.com.my/arbwos/References/faraidh/sistem_pembahagian_pusaka_didalam_islam.asp



Friday, October 04, 2013

Jadi NeNeK!



Salam Jumaat.....

Just nak share berita kelahiran cucu saya dgn uolls...... (Perrhhh....i dah jd nenek la wehh...). Anak sedara yg kat Johor (sis kepada cik pQa) dah selamat deliver bby gugurl.... Rasanye dah 2 minggu....wahahaha...
Tahniah ye Liyana & hubby nye Rio....

Ini yang buatkan saya makin rinduuuuuu nak bby lagi..... perkenankanlah Ya Allah...! Aminnn....