We aRe Family

We aRe Family

Friday, July 25, 2014

Ramadhan akan Pergi...... Syawal Datang lagi...

Salam Kemuliaan untuk semua......

Sayu sangat rasa hati sebab Ramadhan dah sampai ke penghujungnya...... Rasa banyak lagi ibadah yang belum sempat aku lakukan sepanjang Ramadhan kali ini..... Sedih.... Ya Allah, semoga Kau izinkan aku untuk bertemu dengan Ramadhan2 yang seterusnya.... Aminnn...


Syawal pun dah nak tiba..... Nothing special for this Eid.... Aku memang tak rasa nak raya pun.... Hanya untuk Dania akan aku sediakan persiapan... Itu pun jika dengan keizinan & kurniaan rezeki dari Nya.... In shaa Allah..... Ampun dan maaf dariku sekeluarga untuk semua yang mengenali.....

Thursday, June 26, 2014

Erti Hidup

Salam

Just a quick sharing....
Macam mana rasanya bekerja tapi seperti tiada gaji?
Bukan sebab 'underpaid', tapi sebab 'beban' yang banyakkkkk...

Pasti ramai yang akan cakap "Bukan ko sorang je la yg byk komitnen"!
Yes, that's true!
Tapi, kita berada dlm keadaan yg berbeza....

Dan pasti ramai juga yg akan kata "Kalau ko nak berubah, ko boleh usaha kan?"
Yes, that's also true!
Tapi, keberadaan dan kekangan kita tak sama.....

Jangan kita anggap semua orang boleh buat sama dengan apa yang kita boleh buat.
Jangan juga kita bersangka semua orang mampu berfikir sama dengan apa yang kita fikirkan.
Dan, jangan sesekali kita terlalu cepat membuat kesimpulan untuk orang lain tanpa mengetahui keadaan sebenarnya....
Kadangkala, kita perlu mengorbankan keinginan dan kehendak sendiri demi keperluan orang lain yang sebenarnya lebih patut diutamakan.....

Semoga Allah pelihara kita semua dalam apa jua keadaan...
Semoga kita juga mengingati Nya di mana jua kita berada.....

Walau apapun, kewarasan yang Dia kurniakan hingga ke hari ini juga adalah rezeki yang sangat tak ternilai......
Ya Allah, kerana Mu aku hidup, dan kepada Mu aku akan kembali.........


Monday, May 19, 2014

Sukaneka Prasekolah My Lovely Dania Sofia

Salam semua....

Syukur kepada Ilahi kerana masih memberi kesempatan untuk aku terus bernafas....

SO, dalam masa yg ada ni just nak update gambar2 sukaneka Dania masa 10hb Mei 2014.....










Alhamdulillah..... walaupun rumah sukan dia (rumah oren...huhu....first time ade rumah oren) dpt nombo last......yang penting dia happy!!!!

Dan saya sentiasa di sisi.........


Thursday, April 03, 2014

My month!

It's April already!
Bulan yg dinanti2 juga oleh ku setiap tahun....Tapi tak pernah berharap sesuatu yg lebih pun...
Sebab tau dah....mmg susah untuk harapan dipenuhi....
Just go wif the flow......

Terima & redho....