We aRe Family

We aRe Family

Tuesday, November 27, 2012

PiNdaH lagi.......

Salam....

Macam tak pecaya je....
Dalam masa 4 tahun, dah 4 rumah aku duduk......
Berpindah-randah....
Kalah orang nomad........

Bukan aku yang minta......
Jauh sekali merancang untuk pindah sesuka hati......
Tapi atas sebab kelangsungan hidup yang telah disuratkan......
Aku terima denagn redha......

Sebab aku yakin......
Yakin dengan janji Allah SWT.....

" Sesungguhnya..... Setiap kali Dia mendatangkan satu (1) kesusahan kepada kita,
 Ingatlah...... Dia juga akan datangkan dua (2) kebaikan untuk kita...... "

Jadi, bersabar dan berdoa lah selalu agar perjalanan hidup kita sentiasa dipermudahkan.....
Apa yang penting, aku selalu tetapkan dalam hati aku, apabila Allah menduga aku,
aku tahu..... Itu bermakna Dia masih sayang & dekat dengan aku.....

Wallahua'lam......

Tuesday, October 23, 2012

UnTuK 3 HaRi..........

Salam.....

Saat ini.....ketika ini.....
Terasa macam ada BARAH yang semakin merebak dalam dada ni......
Sesak..... Berat..... dan sangat Tertekan...........
Perasaan yang tak tertanggung dek hati yang semakin kecil ni..........

Tapi bila dah tengok cerita 'Untuk 3 Hari'..................
Terus rasa nak luahkan semuanya yang dah lama tersimpan dalam hati ni.......
Penuh dengan sengsara.............
Lebih-lebih lagi bila terdengar lagu Black & Malique......... 'Teman Pengganti'......

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Lagi membuatkan aku rasa mcm lebih baik aku sendiri....................
Tapi.....bila aku renung kembali kata-kata yang diucapkan dalam dialog cerita 'Untuk 3 Hari' tu......
Aku jadi sedar........

Sedar akan KETENTUAN oleh Nya........
Jodoh dan pertemuan setiap insan telah ditentukan oleh Nya sebaik sahaja diciptakan.......
Perjalanan hidup kita juga adalah perancangan Dia Yang Maha Esa.........
Semua yang telah, sedang & akan terjadi pasti ada sebabnya.......
Terpulang kepada kita untuk menerimanya dengan cara apa pun.....
Apa yang pasti...... DIA akan bersama hamba Nya yang sabar......

Dan sebab itu lah aku semakin TABAH dan cuba sebaik mungkin untuk meneruskan jalan
yang telah ditentukan untukku ini............

Aku yakin dengan janji Nya......
Tapi, tak bermakna aku hanya akan berserah......
Aku akan perbaiki sedaya upayaku......
Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk, hidayah & rahmah untuk sepanjang hidupku....

Amin.......

Wednesday, October 17, 2012

Janji Mu.........

Terima kasih Ya Allah....
Sesungguhnya janji Mu amat tepat!
Cuma kadangkala hamba Mu ini yg terleka.... Ampuniku Ya Allah....
Manusia...... Memang mudah terlupa....

Banyak sungguh dugaan yang datang menimpa......
Bukan 1, bukan 2..... Tapi baaaanyak........
Hari demi hari aku cuba untuk tabah menghadapi segalanya......
Setiap hari juga aku berdoa semoga Allah selalu memberiku pertolongan.....
Kerana aku tahu, setiap sesuatu yang telah ditentukan Nya ke atas kita,
Pasti ada hikmah di sebaliknya.....
Cuma apa yang selalu terjadi adalah.....
KITA sering LALAI.......

Kadangkala hanya kerana kita sibuk meguruskan tanggungjawab duniawi,
Kita sering terlupakan tanggungjawab kita terhadap Yang Maha Pencipta.....
Mungkin juga kerana kita hanya MANUSIA...........
Yang memang tak lepas daripada melakukan kesilapan......
Kita bukan insan SEMPURNA dari segenap sudut......
Setiap kelemahan yang ada dalam diri kita,
Sedikit sebanyak mengundang kita untuk melakukan KESILAPAN......

Namun, aku bersyukur......
Allah masih mengingati aku......
Setiap dugaan yang Dia beri,
Menunjukkan Dia masih menyayangi aku sebagai hamba Nya....

Alhamdulillah................

jUst tHe 2 oF Us........

Wednesday, October 10, 2012

Puasa seorang isteri.......

Salam......

Sekian lama saya tak update blog yang tak seberapa ni.... Bukan sebab takde cerita.... Banyakkkk..... Cuma tiada kesempatan..... Ditambah dengan tugasan luar kawasan lagi..... Apepun, kali ni saya nak berkongsi ilmu untuk readers..... Sama-sama lah kita dapat keberkatan Nya..... amiin....

Puasa seorang isteri tanpa keizinan suaminya yang berada di dalam negeri

Adalah haram bagi seorang isteri berpuasa sunat atau puasa qadha muwassa‘ (yang mempunyai masa yang panjang lagi untuk diqadha) tanpa keizinan suaminya yang berada di dalam negeri. Ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: (Lihat Tuhfah Al-Muhtaj 3/461)

Maksudnya: "Janganlah seorang perempuan (isteri) berpuasa sedangkan suami ada (di dalam negeri) melainkan dengan keizinan suami; dan janganlah dia mengizinkan (orang lain) masuk rumah suami sedangkan suami ada, melainkan dengan keizinan suami; dan apa pun yang dia nafkahkan dari hasil kerja suami tanpa perintah suami, maka separuh pahala itu adalah bagi suami."
(Hadits riwayat Muslim)

Demikianlah disebutkan puasa-puasa yang sunat, makruh dan haram. Di antaranya ada yang dihubungkan hukumnya sama ada sunat, makruh dan haram dengan bersempenakan hari-hari tertentu dan ada pula dihubungkan hukumnya sama ada sunat, makruh dan haram dengan keadaan diri orang yang berpuasa. 

Semoga ia akan menjadi panduan dan rujukan ringkas dalam mengerjakan ibadah puasa-puasa sunat sepanjang tahun.....

Friday, September 28, 2012

Alhamdulillah...syukur...

Assalamualaikum,

Selawat & Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW......

Aku bersyukur atas rezeki yang telah Kau kurnia kepada ku Ya Allah......

Semoga hari-hari mendatang lebih baik & diberkati Allah SWT......


Aku mohon kepada Mu Ya Allah agar Kau memberikan rezeki halal yang sentiasa lebih dan tidak pernah putus untuk diriku, keluarga ku serta sahabat2 ku.......

Berikan kami hidayah Mu, serta permudahkanlah segala urusan kami di dunia & di akhirat.....

Amin, amin, Ya Rabbal Alamin......

Tuesday, August 14, 2012

20 Barang Kawalan Sempena Aidilfitri 2012

Salam 1 Malaysia....

Hari ni terasa nak share something dgn readers ....

Rasanya semua dah tau kan bila dah dekat hari perayaan, mesti akan ada kawalan harga bagi beberapa jenis barang keperluan.... Ye la, kalau tak dikawal nanti senang2 je peniaga nak naikkan harga lah, nak sorok bekalan lah, mcm2 lg lah... Nanti pengguna jugak yang tertindas....

Ni dia senarai barang2 tu dan harga maksimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)..... Mari sama2 kongsi ye....

  1. Ayam hidup (RM5.70)
  2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)
  3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).
  4. Daging lembu tempatan (RM22.00)
  5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)
  6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)
  7. Daging kerbau import India (RM13.50)
  8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)
  9. Telur ayam gred B (RM0.34 sen)
  10. Telur ayam gred C (RM0.33 sen)
  11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)
  12. Cili merah (RM10.00)
  13. Tomato (RM4.50)
  14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)
  15. Kacang tanah import (RM6.50)
  16. Bawang merah kecil India (RM5.00)
  17. Bawang besar import (RM2.50)
  18. Bawang putih China (RM7.50)
  19. Ubi kentang import China (RM3.00)
  20. Ikan kembung (RM12.00)
Tapi..... Bagi sesetengah negeri maybe berbeza sikit la harganye tuh.... If i'm not mistaken, harga2 ni utk kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.....

So, harap2 dpt bagi info kat semua readers ..... Ok.... Babai....

Tuesday, July 24, 2012

Terima Kasih Ya Allah....


Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah.....

Khabar gembira utk aku & keluarga....
Semoga peluang tak disia-siakan.....
Usaha telah berhasil....
Semoga Allah terus beri limpahan rahmatNya buat diriku & keluarga.....
Semoga Allah juga akan terus beri petunjuk & jalan penyelesaian bagi setiap dugaan Nya....

Hikmah yang Kau kurniakan ini amat bermakna buatku sekeluarga....
Terima kasih Ya Allah......

Semoga aku mampu terus tersenyum ;-)



 ** P/S: Dear hubby, pls work hard ok! ;-)

Wednesday, July 18, 2012

Aku Yang BerSalah...

 
Maafkan saya.... Saya rasa sangat bersalah.....
Bersalah kepada teman-teman yang dah banyak memberi pertolongan....
Di saat dalam kegelapan.....
Di saat dalam kepayahan.....

Saya tahu....
Sedikit sebanyak pasti ada perbuatan saya yang telah membuat teman-teman merasa tidak senang......
Mungkin secara sedar atau tidak.......
Kerana memang sesungguhnya saya manusia......
Banyak kekurangan & kelemahan......
Tapi saya juga tak salahkan kekurangan itu......
Sebab saya tahu.....
Setiap perkara baik & buruk itu datang dari Nya.....
Tentu ada hikmah di sebalik setiap sesuatu itu......

Sekali lagi,
Maafkan saya wahai teman-teman disekeliling,
Yang sentiasa ada ketika saya memerlukan,
Jika saya mampu mengubah segalanya,
Pasti saya akan cuba betulkan semuanya,
Namun apa daya saya......

Hanya yang saya mampu ketika ini....
Berdoa......
Moga Allah limpahkan rahmat dan rezeki halal....
Yang berlipat ganda banyaknya buat diri saya & teman-teman semua......
Jasa-jasa kalian amat saya hargai.......
Tak dapat saya bayar buat masa ini.......

Tuesday, July 17, 2012

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan.....

Salam Sejahtera semua...!

Dah hampir sgt kita dgn Ramadhan rupa-rupanya ye.... rasa mcm baru je melewati Ramadhan 2011, dah tiba utk tahun 2012 pulak.... Tarikh utk lihat anak bulan tahun ni ialah...... 19 Julai 2012.

Semoga Ramadhan kali ini lebih 'BERISI'..... Of coz la dgn amalan2 baik....amalan2 sunat....di samping ibadah wajib yg mmg perlu dijalani iaitu PUASA.....


Diharap juga Allah akan kurniakan limpahan rezeki halal yang banyak kepada aku sekeluarga, tak lupa juga untuk sahabat2, teman2, kenalan2 yang aku kenali.....

Sama-samalah kita bersungguh-sungguh untuk menambah amalan baik di bulan Ramadhan yg mulia nanti ye....Amiin....

Dikesempatan ini, saya mohon ribuan ampun kepada ahli keluarga, rekan sekerja, sahabat2, dan semua yang mengenali diri saya sekiranya terdapat kesilapan yang telah saya lakukan sama ada dalam sedar ataupun tidak.... Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat kepada kita semua....

Oops, by the way, teringat pada ENTRY semalam.....seperti yg dujangka, Dato' Fazley jadi juara Masterchef Selebriti Malaysia yg pertama.... Tahniah!

Monday, July 16, 2012

Final Masterchef Selebrity Malaysia!

Wohooo...

Dah sampai ke penghujung.... Malam ni penentuan siapa JUARA!

Adakah....




-

-

-

Atau.....

-

-

-

 

Excited nak tengok.... Dania pun suka tengok.....hehehe....

Sama-sama kita saksikan ye!

Saaaayang Dania!

Assalamualaikum....

Ampunkan diriku wahai Tuhan kerana aku telah curi sedikit masa yg tidak sepatutnya aku gunakan utk menulis dalam blog ini....

Hanya kerana aku rasa perlu sedikit ketenangan bila aku menyatakan bahawa aku SANGAT SAYANGKAN anakku... DANIA!

Dia adalah harta yg sgt berharga yg Kau telah kurniakan kepadaku selain Keimanan ku terhadapMu.....

Subhanallah.....
Senyum sepet ;-)

Hoolaaa....!

Peace Yo!

 

Timbang Berat...


Membesar bagai juara anak ibu yg comel ni....


Hehe, 12 Julai 2012....bawa Dania pegi rumah anak sedara di Damansara.... Seronok dia dpt tgk baby....
Dah lama hajat nak melawat anak sedara yg baru je selamat melahirkan 3rd baby (tp baru kelahiran yg kedua tau....sbb yg 1st tu dpt twin), baru skrg ada kemampuan nak pegi melawat...


Masa kat sana diorang semua excited tgk Dania semakin sihat membesar.... Alhamdulillah.... Semua nya rezeki & kurniaan Allah SWT..... Diorang pun terus suruh Dania naik penimbang yg ada kat umah diorang tu.... Mula-mula dia malu nak naik penimbang tu, puas kami paksa.... Last2 pujuk kata camni " Dania kena naik timbang ni, sebab nanti nak beli baju raya senang la kita nak tau saiz....", hahaha....terus dia setuju...

Sekali bila kami tgk jarum penimbang tu.... Tadaaaaa.... 22.10 kg berat Dania.... Wohoooo! Kalah semua sedara-mara yg seusia & seangkatan dgn dia....hahahaha.....




Ape pun, semoga Dania sentiasa sihat & dilindungi Allah SWT dalam apa jua keadaan....


Sayaaaaaaang Dania!

Tuesday, June 05, 2012

Isi Hatiku....

Salam Sejahtera untuk semua reader.....

Dah lama saya tak update blog saya ni.... Bukan tiada masa... Bukan juga kerana tiada cerita.... Tapi kerana terlalu banyak kejadian.... Sampai tak tahu mana yang patut dicoretkan dahulu.... Setiap hari aku pohon agar segala urusanku dipermudahkan oleh Nya..... Hanya Dia tempat ku mengadu......


Pasrah.....

 Doaku agar aku dapat lakukan yang terbaik untuk diriku dan my dear Dania... Semoga pilihan yang ku buat selepas ini adalah yang terbaik dan mendapat rahmat & hidayah daripada Nya....

Amalanku.....