We aRe Family

We aRe Family

Tuesday, October 08, 2013

Wasiat

Salam....

Dengan nama Tuhan yang mencipta sekalian alam....
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.....

Bila mengenangkan kehidupan.... tiba2 terfikir apa yang dapat saya tinggalkan untuk waris yang ade nanti....
Harta? Mungkin ada... Tapi dalam bentuk apa? Wang? Tanah? Harta benda lain? Ilmu? atau HUTANG???

Rasanya antara yang disenarai tadi tu, yang berharga adalah sangatttttt sedikit yang ada pada aku..... Kesian rasa kat waris aku nanti..... yang byk pulak adalah yang last tu.... Subhanallah! Hanya DIA yang tahu......

Tapi.... terdedik dalam hati aku ni.... Andai aku pergi sebelum sempat aku melunaskan segala yang patut aku lunaskan di dunia ini.... Hanya ini yang aku dapat sampaikan kepada warisku...............


" Jika ada harta benda atau wang ringgit yang tertinggal, aku wasiatkan untuk anakku Nur Dania Sofia mengikut ketetapan (faraid) yang sepatutnya dia perolehi.... Buat suamiku, apa sahaja nilai yang berhak diperolehi, harap dapat digunakan untuk melunaskan segala tunggakan dan hutang atas namaku jika masih ada yang belum diselesaikan semasa hayatku..... Dan segala ilmu yang pernah kuajari kepada sesiapa sahaja terutama kepada anakku (walaupun tidak banyak mana), harap dapat memberi manfaat untuk kehidupan anda semua... "

Segala yang baik atau buruk semuanya datang daripada Nya..... Kita hanya merancang, DIA yang menentukan.....

Nota kaki:
Boleh lawati web ni untuk manfaat bersama: http://www.amanahraya.com.my/arbwos/References/faraidh/sistem_pembahagian_pusaka_didalam_islam.asp



2 comments:

  1. Kalau ikut Islam, harta yang ditinggalkan oleh individu yang telah meninggal perlu lunaskan semua hutang dulu. Habis hutang, bakinya baru boleh dibahagi2 ikut faraid kepada waris2 yang berhak.. wallahua'lam..

    ReplyDelete
  2. Oppss...camtu ke? Hmmm...kalo camtu....ntah ade baki ke tidak utk waris aku lps lunas utang2 tu...huhuhu....anyway, tq liza :-)

    ReplyDelete

Mari mengomel di sini!